fb fb fb fb fb

Usahawan Bandar Baharu jual produk guna teknologi digital

(ADUN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor ketika ditemu bual Berita RTM di
Bandar Baharu, hari ini)

BANDAR BAHARU, 11 Oktober - Lebih 60 peratus daripada kira-kira 400 usahawan kecil dan sederhana di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baharu aktif menggunakan aplikasi digital bagi memasarkan produk dan perkhidmatan masing-masing.

Ia merupakan satu perkembangan yang positif kerana pelaburan digital amat penting dalam proses pemulihan ekonomi.

ADUN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata sejak COVID-19 melanda negara pada awal tahun 2020, kebanyakan aktiviti perniagaan para usahawan di kawasan itu bukan sahaja terjejas teruk, malah ada yang terpaksa gulung tikar.

Namun kesan daripada pandemik COVID-19 menyebabkan sebahagian besar usahawan kini beralih arah dengan menggunakan platform digital untuk menjual produk masing-masing.

Usaha tersebut nyata memberi impak yang positif dan kebanyakan peniaga kembali bangkit.


(Foto fail)

Katanya, perkembangan teknologi digital terkini membawa perubahan model perniagaan sedia ada dan penciptaan baharu, pengenalan produk dan perkhidmatan baharu serta peningkatan kecekapan proses perniagaan yang akhirnya menjadikan perniagaan lebih berdaya saing.

"Saya berharap daripada Jelajah Digital kita akan dapat tengok macam mana nak tingkatkan lagi penggunaan digital ni untuk bantu perniagaan mereka sebab rata-ratanya peniaga di Bandar Baharu dia tak ada kedai, buat di rumah, pasar pun di rumah, hantar, buat 'delivery' (penghantaran) dan sebagainyalah.

"Jadi lepas ni kita mungkin ada satu pelan transformasi digital untuk daerah Bandar Baharu yang kita dapat 'major', peningkatan terhadap sumbangan ekonomi kepada masyarakat setempat," katanya kepada Berita RTM, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Jelajah #Saya Digital Keluarga Malaysia @ Bandar Baharu di Dewan Orkid, Serdang Lake View Resort.

Media Baharu