fb fb fb fb fb

Usaha bantu usahawan muda perlu berterusan, bukan 'hangat-hangat tahi ayam'- Ahmad Zahid

Datuk Seri Ahmad Zahid (TENGAH) pada sidang media selepas merasmikan MoodaFest 2024

KUALA LUMPUR, 7 Januari- Usaha membantu usahawan muda memasarkan produk mereka ke luar negara perlu dilakukan secara berterusan dan berstruktur.

Ke arah itu, kerajaan sedia membantu kumpulan tersebut yang mempunyai kekangan termasuk kewangan mahupun rangkaian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bimbingan juga boleh diperolehi menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

"Kita akan pilih produk-produk yang berpotensi untuk pasaran antarabangsa termasuk semua produk hari ini, di mana pempengaruh yang terlibat dalam penjualan bukan sahaja bantu daripada segi pembiayaan, tetapi juga mewujudkan pasaran di peringkat antarabangsa.

"Saya lihat terlalu banyak produk yang berpotensi untuk dipasarkan di peringkat antarabangsa,"katanya.

Sehingga kini, lebih 500,000 usahawan telah mendaftar di bawah MARA selain mewujudkan program khas Gate to Global (GTG) yang menjadi pintu masuk untuk Bumiputera bersaing di peringkat global.

Beliau ditemui selepas merasmikan MoodaFest 2024 di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE