Urus kewangan dengan bijak, strategi tangani ketidaktentuan – Pakar

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Mac– Orang ramai diingatkan supaya mengurus kewangan dengan lebih berhemat susulan ketidaktentuan ekonomi global, sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Utamakan perbelanjaan keperluan asas seperti makanan, pendidikan dan kesihatan; kurangkan perbelanjaan kehendak dan kemewahan.
  • Bina atau tambah tabung kecemasan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hingga enam bulan.
  • Elak mewujudkan hutang baharu yang tidak perlu dan urus komitmen kewangan sedia ada dengan disiplin.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat (USIM), Prof. Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, perbelanjaan keperluan asas seperti makanan, pendidikan dan kesihatan perlu diberi keutamaan.

Ia merupakan langkah terbaik untuk pengurusan kewangan yang bijak.

“Utamakan perbelanjaan keperluan asas dahulu seperti makanan, pendidikan dan kesihatan serta kurangkan perbelanjaan yang bersifat kehendak dan juga yang bersifat kemewahan.

“Keduanya, bina ataupun tambah tabung kecemasan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hingga ke enam bulan,” katanya kepada RTM.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk mengelak daripada mewujudkan hutang baharu yang tidak perlu, selain menguruskan komitmen kewangan sedia ada dengan lebih berdisiplin.

Tambahnya, dalam ekonomi global yang tidak menentu ketika ini, perancangan kewangan bijak di peringkat isi rumah menjadi benteng pertama untuk melindungi kesejahteraan keluarga.