fb fb fb fb fb

Unjuran had kemasukan pekerja asing tidak lebih 15% akan dicapai hujung tahun ini- KDN

Datuk Seri Saifuddin dan Steven Sim dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa bersama di Putrajaya

PUTRAJAYA, 20 Mei- Kementerian Dalam Negeri (KDN) menetapkan had jumlah kemasukan pekerja asing ke negara ini tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara

Manakala penetapan sasaran kuota tersebut dapat dicapai sebelum 31 Disember tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, unjuran had tersebut selaras yang telah ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi.

Unjuran berkenaan katanya turut mengambil kira jumlah pekerja asing sedia ada, jumlah pekerja asing yang majikan mereka telah mendapat kelulusan kuota dan jumlah yang telah mendaftar melalui program Rekalibrasi Tenaga Kerja.

"Mesyuarat hari ini telah mengunjurkan jumlah pekerja asing yang sedia ada, jumlah pekerja asing yang sudah majikan mendapat kelulusan kuota, jumlah yang mendaftar melalui rekalibrasi dan sebagainya maka unjuran kita itu mendapati bahawa siling yang ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi yang akan dicapai 31 Disember tahun ini sudah dicapai,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa bersama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di Putrajaya.

Menerusi mesyuarat tersebut juga, ia turut memperakui pembekuan pekerja asing di negara ini dan bersetuju polisi pembekuan diteruskan.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata KESUMA menyokong keputusan mesyuarat jawatankuasa bersama untuk melanjutkan pembekuan kuota kemasukan pekerja asing.

Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata kerajaan mengekalkan keputusan untuk membekukan kelulusan kuota kemasukan pekerja asing baharu rentetan bilangan pekerja dalam negara telah menghampiri sasaran yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menurut Sim jumlah pekerja asing yang bekerja dalam negara adalah seramai 2,171,798 orang berlandaskan kepada rekod Jabatan Imigresen Malaysia setakat 15 Mac.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE