fb fb fb fb fb

UniSZA dan Primula hasilkan baja kompos daripada sisa makanan

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 19 Oktober - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Primula Beach Hotel memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan inovasi berasaskan teknologi hijau.

Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Fadzli Adam berkata, kerjasama ini merupakan kesinambungan hubungan erat antara kedua-dua pihak melalui pelbagai projek penyelidikan di bawah Academia@Industry Engagement Programme (AIEP), yang diterajui Fakulti Biosumber dan Industri Makanan.

Katanya, projek sisa bahan makanan terbuang daripada pihak hotel akan menggunakan kepakaran penyelidikan UniSZA dalam menghasilkan baja kompos.

"Yang mana dalam tujuan penyelidikan antara hasratnya untuk baja dapat dihasilkan dalam bentuk nutrien yang lebih baik, baja yang lebih berkualiti untuk penghasilan untuk tanaman tamanan yang lebih berkualitilah.

Pada masa yang sama, projek penyelidikan dan pembangunan (RND) ini berupaya menghasilkan bahan buangan yang berbau dan kotor ini dalam bentuk kajian bagaimana kita alihkan menjadi lebih bersih tidak berbau dan sebagainya", katanya ketika ditemui hari ini.

Majlis menandatangani MoU disempurnakan Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Fadzli Adam dan Pengurus Besar hotel berkenaan, Suaibah Harun di sini, hari ini.

Pihak hotel sebagai rakan industri turut menyatakan sekurang-kurangnya 40 kilogram (kg) sisa makanan dihasilkan setiap hari, khususnya daripada penyediaan bufer harian.

Trainee