BATU KAWAN, 16 Jun- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tampil menganjurkan Simposium Logistik Antarabangsa (ILS) dan Forum Industri Logistik (LIF) 2025 ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab logistik utama ASEAN menjelang 2030.
Naib Canselor UMT Profesor Ir. Ts. Dr. Mohd Zambri Ibrahim berkata, program yang memasuki tahun ketiga itu merupakan platform untuk memastikan industri berkenaan terus berkembang selari dengan peredaran teknologi semasa, khususnya kecerdasan buatan (AI).
"Kalau kita lihat dari segi statistik contohnya dar segi human resource Kita perlukan ramai graduan graduan universiti sama ada di peringkat sijil, diploma malah diperimgkat ijazah untuk kita support this industri ini.
"Kita boleh mengaplikasikan AI dalam industri ini sebenarnya dia dapat memudahkan membantu meningkatkan lagi dari segi kecekapan peningkatan apa tu produktiviti agar ianya menjadi satu titik tolak kepada Industri logistik negara memberi tumpuan dan memberi penekanan di dalam AI ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan ILS da LIF dan 2025 di The Ship Campus, di sini
Majlis itu diadiri Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr Mohd Zahari Ismail.
Program bertemakan 'AI and Automation : Paving the Path for Malaysia to Become ASEAN’s Leading Logistics Hub' berlangsung selama tiga hari bermula 14 Jun lepas menghimpunkan kira-kira 400 peserta melibatkan pelajar dari institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, industri, akademia serta agensi kerajaan.
Sementara itu, pelajar terlibat Aida Yasmin Rusli menyifatkan simposium dan forum yang dianjurkan memberi pendedahan berkenaan penggunaan AI dalam industri logistik dan maritim negara.
"Program ini membuka mata para pelajar berkenaan dengan AI automation dan membuatkan kami dapat berinteraksi lagi dengan industri-industri yang ada di sini.
"Kita dapat tahu pelabuhan akan lebih efisien dengan AI ini maknanya kita akan ada trak yang tiada pemandu, vesel yang dikendalikan dari pelabuahn sahaja. Kita tahu yang AI ini dapat menjayakan kegiatan di pelabuhan," katanya.
Sementara itu Izzul Islam Nor Fadli pula berkata, kemudahan teknologi masa kini memudahkan selain membantu manusia melakukan kerja dengan lebih mudah.
"Perkongsian ilmu ini sangat berharga dan kita boleh lihat bagaimana keupayaan AI ini membantu dalam memudahkan kerja manusia. Bagi saya AI tidak menggantikan manusia tetapi ia memudahkan untuk melaksanakan sesuatu kerja.
"Dalam bidang logistik juga perlu seiring dengan dunia moden dan seiring dengan peredaran masa. Jadi kita kena belajar untuk mengadaptasi dengan AI," katanya.
Turut diumumkan penubuhan Malaysia Logistics Consortium (MLC) sebagai inisiatif memperkukuh kerjasama strategik dengan akademia dan industri dalam bidang logistik, maritim dan rantaian bekalan melibatkan UMT sebagai peneraju bersama 16 IPTA dan IPTS termasuk politeknik serta kolej komuniti.