fb fb fb fb fb

UMNO, MCA tingkat aktiviti rapat hubungan rakyat

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

RAUB, 10 Mac- UMNO dan MCA meningkatkan aktiviti merapatkan hubungan antara rakyat dan menolak sebarang bentuk polarisasi perkauman kata Naib Presiden UMNO 1 Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Komponen parti Barisan nasional (BN) perlu bekerjasama dalam apa jua bentuk tindakan dalam merapatkan hubungan dalam kalangan mereka.

"Kita harap kerjasama yang terjalin ini akan dapat ditingkatkan lagi pada masa masa akan datang.

"Hubungan ini sememangnya baik dan ingin ditingkatkan lagi sebab kita adalah parti daripada dahulu memperjuangkan kemederkaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di sini.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang menyifatkan perjuangan bersama-sama dalam memperjuangkan kemerdekaan perlu difahami oleh semua rakyat agar tidak timbul sentimen perkauman.

Dalam pada itu, beliau turut berharap anggota parti politik di setiap peringkat dalam negara ini dapat menggelakkan daripada mengeluarkan kata-kata atau ungkapan yang boleh menyinggung perasaan sekali gus melebarkan jurang antara kaum.

Bagaimanapun rakyat perlu bertumpu kepada usaha yang telah dilaksana dan tidak melayan sebarang sentimen dan persepsi yang dimainkan oleh sesetengah pihak.

Dalam perkembangan lain, MCA dan MIC Pahang menolak keras dakwaan yang mengatakan Wan Rosdy sebagai 'samseng' seperti yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Setiausaha MCA Datuk Chong Sin Woon berkata, Menteri Besar Pahang itu melaksanakan tanggungjawabnya selaku pemimpin kerajaan negeri dalam membanteras pencerobohan tanah termasuk di Cameron Highland.

Ketegasannya walaupun tidak populis tetapi memberi kebaikan kepada lebih banyak khalayak berbanding mereka yang mempunyai kepentingan peribadi.

"Dia kena ambil proses seperti itu, sebab kita tengok sebelum ini banyak kawasan setinggan beliau kena bersihkan. Kawasan penjaja haram sebelum ini turut dikenakan tindakan," katanya.

Rekod Wan Rosdy memimpin negeri Pahang sangat cemerlang dan terbukti dengan peningkatan hasil dalam negeri dan semua rakyatnya mendapat pelbagai bantuan.

Dengan melabelkan pemimpin itu sebagai 'samseng' adalah berniat buruk untuk menjejaskan reputasi dan integriti beliau sebagai pemimpin negeri dan nasional.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi MIC Pahang Datuk K.Tamilselvan berkata, tohmahan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), G.Gobalakrisnan tersasar daripada fakta sebenar.

"Jadi Mentei Besar Pahang ni memang dia lakukan yang terbaik untuk kaum India terutama orang susah, orang kurang upaya. Bantuan seperti tanah juga turut diberikan kepada kaum India di seluruh Pahang," katanya.

K.Tamilselvan turut membidas kenyataan bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu yang melabelkan Wan Rosdy sebagai 'samseng' sedangkan ketegasan itu memberi banyak kebaikan kepada rakyat negeri itu.

Beliau yang juga Ketua Bahagian MIC Daerah Raub berharap agar masyarakat India akan terus memberi sokongan terhadap kepimpinan beliau yang menerajui negeri itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI