fb fb fb fb fb

UMNO Kangar wakaf katil untuk kegunaan pesakit dialisis

UMNO Bahagian Kangar mewakafkan katil pesakit untuk kegunaan Pusat Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah

KANGAR, 16 Februari- UMNO Bahagian Kangar mengambil inisiatif mewakafkan katil pesakit khusus untuk kegunaan Pusat Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi membantu dan memberi keselesaan kepada pesakit.

Sumbangan itu merupakan tanda keprihatinan kepada mereka yang menderita penyakit buah pinggang dan sering mendapatkan perkhidmatan secara berkala.

Ketua UMNO Bahagian Kangar Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, Pusat Perkhidmatan Dialisis dua tingkat itu mula beroperasi sejak Ogos 2020 dengan kapasiti 69 katil dengan kos pembinaan mencecah RM6.2 juta.

"Sumbangan katil ini sebagai tambahan kepada katil sedia ada bagi menampung jumlah mereka yang menjalani rawatan dialisis.

"Majoriti mereka yang menjalani rawatan merupakan golongan asnaf yang diuruskan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dengan kerjasama Hospital Tuanku Fauziah," kata Fathul Bari.

Katil berkenaan diserahkan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Hamunir Hamzah mewakili Ketua UMNO Bahagian Kangar.

Majlis itu turut dihadiri Setiausaha UMNO Bahagian Kangar, Sabri Ismail dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kangar, Zulaikha Zulkifli Naib.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI