UMNO disaran keluar kepompong politik lama – TPM Zahid

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Februari– UMNO perlu berani keluar daripada kepompong politik tradisional, sebaliknya membina kepimpinan masa depan yang berteraskan ilmu, nilai dan khidmat kepada rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • UMNO digesa keluar daripada kepompong politik tradisional dan kebiasaan.
  • Perlu bina kepimpinan masa depan berteraskan ilmu, nilai dan khidmat rakyat.
  • Sekolah Patriotik UMNO (SPU) dilihat sebagai langkah strategik untuk perubahan politik.
  • 158 alumni SPU diharap menjadi pemikir baharu dan pelapis kepimpinan parti.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan Sekolah Patriotik UMNO (SPU) adalah langkah strategik untuk memutuskan kebergantungan parti terhadap politik tradisional yang bersifat reaktif dan jangka pendek, kepada politik penyelesaian yang lebih matang dan berpandangan jauh.

“UMNO dan Barisan Nasional mesti keluar daripada kepompong kebiasaan dan zon selesa.”

“Perubahan luar biasa tidak boleh digerakkan oleh seorang individu atau kelompok kecil sahaja. UMNO perlu berani keluar daripada pemikiran tradisional,” kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Pertama SPU di ibu negara, malam tadi.

Setakat ini, seramai 158 alumni SPU telah dilahirkan sebagai pelapis yang diharapkan membawa nafas baharu kepada perjuangan parti.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid mahu golongan berkenaan menjadi para pemikir baharu untuk menganalisis, merumus dan memberi pandangan kepada kepimpinan UMNO pada masa akan datang.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan