fb fb fb fb fb

UMNO akan terus perkukuh, pertahan Kerajaan Perpaduan

Foto FB DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

KUALA LUMPUR, 7 Disember- UMNO akan terus memperkukuh dan mempertahan Kerajaan Perpaduan sebagaimana dititah Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan turut menyatakan pendirian semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam tadi.

"UMNO juga bersetuju untuk menganjurkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri bermula Januari depan bagi mempertingkat kesefahaman dan kerjasama antara parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan," katanya.

Tambahnya lagi, pada 6 Januari 2024, UMNO akan mengadakan Kolokium Khas Bersempena Kongres Ekonomi Bumiputera bagi memastikan agenda Melayu terus diperkasa.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM