KOTA BHARU, 17 Mei - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjalin kerjasama dengan Jordan Universiti Science and Technology (JUST) dalam usaha menggalakkan perkongsian kepakaran khususnya dalam bidang penyelidikan.
Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Razli Che Razak berkata, kerjasama dilaksanakan menerusi mendatangi Memorandum Perjanjian (MOA) dalam pelaksanaan projek Matching Grants Malaysia-Jordan.
Katanya, projek itu merupakan satu inisiatif daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dengan kerjasama Education Malaysia Jordan (EMJ) yang mampu menjadi pemangkin usaha perkongsian kepakaran dan penyelidikan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
MoA itu ditandatangani oleh Datuk Profesor Dr Razli Che Razak bersama Presiden JUST, Prof. Khalid I El-Salem serta disaksikan oleh Duta Malaysia di Jordan, Mohamad Nasri Abdul Rahman.
(MoA ditandatangani Datuk Profesor Dr Razli Che Razak bersama Presiden JUST, Prof. Khalid I El-Salem
serta disaksikan oleh Duta Malaysia di Jordan, Mohamad Nasri Abdul Rahman)
Dalam satu kenyataan, Dr Razli berkata JUST menerima sebanyak 566 permohonan geran dan hanya memilih 29 projek untuk kerjasama tersebut.
Mengulas lanjut, Matching Grants itu digunakan untuk menyokong projek penyelidikan kolaboratif dengan pihak luar, seperti institusi antarabangsa yang boleh menyediakan kepakaran, sumber atau rangkaian pelengkap untuk projek penyelidikan.
Dalam kerjasama itu, empat daripada projek penyelidikan tersebut adalah daripada penyelidik UMK yang sekali gus dapat membantu bukan saja kerjasama antara penyelidikan malah dapat mewujudkan sinergi dan perkongsian dalam kalangan penyelidik dan pihak luar.
Tambahnya, kerjasama itu juga akan merangsang pelaburan luar dan dapat mempromosikan UMK di persada antarabangsa.