Ular sawa 6 meter telan anak lembu

Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling

BALING, 30 Mac – Seorang penternak berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa dipercayai menelan anak lembunya di sebuah ladang di Kuala Ketil, Kedah, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • APM Daerah Baling menerima panggilan awam mengenai reptilia di ladang kelapa sawit Kampung Tembak B.
  • Anggota APM menemui ular sawa sekitar 45 kilogram dan hampir enam meter yang sedang menelan seekor anak lembu.
  • Semasa proses tangkapan, ular itu memuntahkan semula anak lembu dipercayai untuk cuba melepaskan diri.
  • Operasi berjaya dikawal dan diselesaikan dalam kira-kira 30 minit, kehadiran ular dipercayai akibat cuaca panas dan mencari makanan.

Kejadian berlaku di Kampung Tembak B apabila Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling menerima panggilan orang awam mengenai kehadiran reptilia itu di kawasan ladang kelapa sawit.

Setibanya di lokasi, anggota APM mendapati ular sawa seberat kira-kira 45 kilogram dan sepanjang hampir enam meter itu sedang menelan seekor anak lembu. Operasi menangkap kemudiannya dijalankan anggota bertugas.

Semasa proses tangkapan, ular berkenaan bertindak memuntahkan semula anak lembu tersebut, dipercayai sebagai usaha untuk melepaskan diri.

Operasi berjaya dikawal dan diselesaikan dalam tempoh kira-kira 30 minit. Kehadiran ular di kawasan tersebut dipercayai berpunca daripada faktor cuaca panas selain mencari sumber makanan di kawasan berhampiran.