fb fb fb fb fb

Ukhuwah Islamiah benteng tepis agenda negatif musuh

MELAKA, 9 Oktober- Ukhuwah Islamiah mampu menjadi benteng menepis agenda negatif musuh Islam yang mahu menghancurkan perpaduan dalam kalangan umat Islam.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, jalinan persaudaraan serta gabungan padu semua pihak mampu menjulang tinggi syiar Islam dan menjadikan umatnya sebagai masyarakat bertamadun yang berkualiti.


(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali)

Atas dasar itu, pelbagai program dirangka kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta agensi berkaitan bagi menyemai semangat ukhuwah dalam diri seluruh umat Islam.

“Saya menyeru kepada seluruh masyarakat agar mengambil kesempatan ini untuk bersama-sama menghidupkan program-program yang disediakan.moga-moga dengan kehadiran muslimin dan muslimat ke program-program yang dianjurkan akan memupuk kekuatan ukhuwah kita sebagai umat islam di mata masyarakat yg bukan islam di luar sana” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan dan Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Melaka tahun 1444H/ 2022M di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit.

Terdahulu, walaupun hujan renyai-renyai...118 kontinjen mewakili jabatan dan agensi kerajaan, swasta serta Institusi Pengajian Tinggi, menyertai perarakan dari Stadium Tun Fatimah ke Pusat Islam Melaka melalui Jalan Taman Bandaraya-Jalan Bukit Piatu-Jalan Bukit Baru itu, sejauh kira-kira dua kilometer.

Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam diiringi Ketua Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan barisan Exco turut berselawat dan berarak bersama peserta.

Media Baharu