fb fb fb fb fb

Ujian siren amaran tsunami di Pulau Bum Bum esok

MetMalaysia mengeluarkan notis makluman pengujian siren di Pulau Bum Bum esok

KUALA LUMPUR, 12 September - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) esok.

MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, pengujian siren itu akan dilaksanakan di Masjid Gusung Melanta, Pulau Bum Bum, Sabah pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja," katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, pihaknya akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan.

GRACE AISYAH KEDAYAN