fb fb fb fb fb

UiTM Perlis komersialkan produk inovasi

(Majlis Pembukaan Syarikat Athanliz Innovations Sdn Bhd)

ARAU, 5 Oktober- Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis menubuhkan syarikat Athanliz Innovations Sdn. Bhd. bagi mengkomersialkan produk inovasi yang dihasilkan para pensyarah.

Menerusi Athanliz Innovations, UiTM mengetengahkan produk harum manis dan latok yang sekaligus dapat membantu UiTM Cawangan Perlis menjana pendapatan lebih lumayan melalui pengkomersialan hasil tanaman.

Menurut Rektornya, Profesor Madya Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi, pelbagai produk minuman dan barangan penjagaan diri dapat dihasilkan daripada harum manis dan latok.

Bagi merangka strategi pemasaran produk dalam negara dan antarabangsa, UiTM Cawangan Perlis menjalinkan kerjasama dengan BITCOM, ZEM Holdings Sdn. Bhd, Malthai Hub serta Qveen Birds Nest Enterprise bagi memastikan rangkaian produk jenama Lindifera terus berkembang.

Pihaknya turut berharap lebih banyak kerjasama strategik dapat dijalin antara UiTM Cawangan Perlis bersama rakan-rakan industri kerana melaluinya dapat menyumbang kepada pembangunan bakat dari kalangan graduan, pensyarah, masyarakat dan seterusnya dapat membantu meningkatkan pembangunan ekonomi negara.

Beliau memaklumkannya pada Majlis Perasmian Pembukaan Syarikat Athanliz Innovations Sdn Bhd di UiTM Cawangan Perlis.

Usaha yang dilaksanakan itu sebagai simbolik kepada sokongan warga kampus untuk lebih bergiat aktif dalam bidang keusahawanan dan pengkomersialan.

Media Baharu