fb fb fb fb fb

UiTM perkukuh kerjasama antarabangsa dengan RUTS

Foto UiTM Cawangan Perlis

ARAU, 16 Mei - Universiti Teknologi MARA (UiTM) sentiasa terbuka untuk mengembangkan jaringan global dengan institusi pendidikan antarabangsa.

Ini melalui kerjasama antarabangsa UiTM Cawangan Perlis dan Rajamangala University of Technology Srivijaya (RUTS).

Ia sekaligus memperluas impak ilmu dan kepakaran ke peringkat serantau khususnya antara institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan Thailand.

Menurut Rektor UiTM Cawangan Perlis, Profesor Madya Dr Ahmad Nizan Mat Noor, kerjasama dua hala antara Fakulti Alam Bina dengan RUTS melibatkan aspek pertukaran pelajar dan pensyarah, pembangunan projek penyelidikan bersama serta penganjuran bengkel dan seminar.

Beliau memaklumkannya ketika menerima kunjungan hormat delegasi daripada RUTS ke UiTM Cawangan Perlis yang diketuai Presidennya, Profesor Dr. Suwat Tanyaros di Bangunan Pentadbiran.

Kunjungan tersebut menjadi pemangkin kepada pelaksanaan projek bersama pada masa hadapan yang akan memberi nilai tambah kepada kedua-dua institusi.

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI