fb fb fb fb fb

UIAM, UM juara Debat Diraja IPT 2022

KUALA NERUS, 23 Oktober- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul Johan Pertandingan Debat Diraja antara IPT 2022 bagi Kategori Utama Bahasa Melayu, manakala Universiti Malaya (UM) Johan Kategori Utama Bahasa Inggeris.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula muncul Naib Johan Kategori Bahasa Melayu manakala Universiti Teknologi Mara (UiTM) Naib Johan Kategori Bahasa Inggeris.

Peserta UIAM terdiri daripada Nur Syahirah Balqis Shahrulnizam, 20; Muhamad Ilham Hafiz Azmi, 22; Muhammad Luqman Ismail Zawawi, 22; dan Muhammad Aqil Mujahid Mukhtar, 21.

Manakala UM diwakili R.Kuhan Karttikeyn, 21; Danesh Ram Aggarwal, 24; Muhyuddin Ahsan
Sultan Askin, 22; dan Catherine Alicia Nathan, 22.

Program yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin menyaksikan 53 pasukan menyertai pertandingan kali ini yang membabitkan penyertaan 24 universiti seluruh negara.

Pendebat UIAM Muhammad Ilham Hafiz Azmi muncul pendebat terbaik Kategori Bahasa Melayu manakala UM Kategori Bahasa Inggeris melalui pendebatnya Danesh Ram Aggarwal.

Detik yang menggembirakan bagi kumpulan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) apabila dinobat sebagai juara Pertandingan Akhir Debat Diraja Antara IPT 2022 di
UniSZA Kampus Gong Badak hari ini / FOTO BERNAMA

Johan menerima wang tunai RM5,000 manakala Naib Johan menerima RM3,000 sumbangan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Hadiah pertandingan disampaikan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Media Baharu