fb fb fb fb fb

TYT Sarawak terima kunjungan hormat daripada RECODA an MOWE Nation

Tun Dr Wan Junaidi dan isteri menerima kunjungan hormat daripada RECODA

KUCHING,19 Jun- Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah RECODA di Astana Negeri Sarawak Petra Jaya Kuching hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datuk Ismawi Ismuni yang mengetuai rombongan tersebut memaklumkan kunjungan itu bertujuan untuk memaklumkan mengenai peranan dan tanggungjawab RECODA termasuk agensi bawah Lembaga itu dalam bersama membangunkan negeri.

Dalam kunjungan itu juga pihaknya turut memperincikan inisiatif yang bakal dan sedang dilaksanakan termasuk dari sudut pelaburan dan projek-projek fizikal serta sosil ekonomi.

Sementara itu, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut menerima kunjungan hormat daripada delegasi MOWE Nation.

Pengerusi MOWE Nation, Cecil Adnan berkata kunjungan itu bagi menjemput Tuan Yang Terutama menghadiri MOWE Festival Convention yang ke-7 bermula 5 sehingga 7 Julai depan.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya bengkel dan Meet and Greet keturunan MOWE Shaliong yang kini telah mencapai tujuh generasi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE