fb fb fb fb fb

TYT Sarawak terima kunjungan delegasi IDFR

FOTO JAPEN SARAWAK

KUCHING, 26 Jun- Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri, di Astana Negeri Sarawak Petra Jaya Kuching hari ini.

Rombongan delegasi IDFR bawah Kementerian Luar Negeri itu diiringi Pengarah Wilayah Sarawak Kementerian Luar Negeri, Fenny Nuli dan Pengarah Pusat Pemerkasaan dan Kompetensi IDFR, Datuk Westmoreland Edward Palon.

Kunjungan itu turut disertai 16 pelajar dalam Diploma Diplomasi yang merupakan salah satu kursus yang disediakan di IDFR.

Ditemui selepas kunjungan itu, Pengarah Pusat Pemerkasaan dan Kompetensi IDFR, Datuk Westmoreland Edward Palon berkata kunjungan berkenaan bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tersebut mengenai keunikan budaya, tradisi serta politik di Sarawak.

Ini bagi membantu para pelajar untuk mempromosi Sarawak ketika menjalani latihan dalam industri khususnya dalam bidang diplomasi.

Pada kunjungan itu turut diperincikan mengenai inisiatif-inisiatif yang telah serta bakal dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam membangunkan Bumi Kenyalang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE