fb fb fb fb fb

TVET mampu lahirkan graduan mahir

Foto hiasan

KAJANG 18 November- Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mampu melahirkan graduan mahir memenuhi keperluan ekonomi seiring permintaan negara dan dunia semasa.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Haji Awang berkata, persepsi TVET sebagai pilihan kedua adalah pandangan lapuk. Sebaliknya, ia adalah laluan utama kerjaya yang memenuhi keperluan industri kini.

Perkara ini disokong dengan peningkatan penyertaan pelajar saban tahun. Sebagai pengiktirafan, menerusi Belanjawan 2024, kerajaan memperuntukkan RM 6.8 billion bagi memperkasa bidang tersebut.

Teks ucapan tersebut dibacakan oleh Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Azhar Abdul Manaf semasa Majlis Konvokesyen German-Malaysian Institute (GMI) ke 29 di Kajang.

"Peruntukan kepada MARA telah dinaikkan kepada RM3.99 billion bagi memperkasakan lagi agenda pendidikan, ekonomi dan keusahawanan Melayu dan Bumiputera.

"Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam pelaburan untuk menaik taraf sistem pendidikan TVET di negara kita", katanya ketika berucap dalam Majlis konvokesyen German-Malaysian Institute (GMI) ke 29 di sini.

Tambahnya, program tersebut seiring rancangan kerajaan membangunkan polisi TVET Kebangsaan 1.0, pelbagai inisiatif kerjasama dan kolaborasi bersama pemain industri dilakukan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama delagasi mengadakan lawatan rasmi ke Jerman bagi membincangkan potensi kerjasama dan perkongsian pengetahuan bidang Pendidikan dan Latihan Vokasional Teknikal (TVET). Ia melibatkan Dewan Perniagaan dan Industri Jerman dan syarikat Bosch-Haus.

ROSLINA BINTI DIN