KUCHING, 27 November- Jabatan Penyiaran Sarawak akan berkolaborasi dengan Kolej Komuniti Kuching dalam mengetengahkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menggunakan platform digital, khususnya melalui RTMKlik.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman memberitahu, kedua-dua pihak pihak berharap dapat menghasilkan kandungan yang mudah dicapai oleh masyarakat.
Ia selaras usaha RTM yang sedang menambah baik kandungan dalam aplikasi RTMKlik ketika ini.
Kerjasama kedua-dua pihak secara tidak langsung akan mengetengahkan kepakaran masing-masing dalam penghasilan kandungan yang memberi inspirasi serta informatif.
Beliau berkata demikian di RTM Kuching semasa menerima kunjungan daripada rombongan Kolej Komuniti Kuching yang diketuai Pengarahnya, Sumbang Mandaw.