fb fb fb fb fb

TVET bukan lagi pilihan kelas kedua

FOTO RTM

PERMATANG PAUH, 8 September- Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berupaya mengubah masa depan pelajar serta keluarga, selain menjadi elemen penting dalam sistem pembelajaran di samping kelayakan akademik, kata Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. Shamsuri Abdullah

Beliau berkata, masyarakat kini semakin sedar TVET bukan lagi pilihan kelas kedua, sebaliknya laluan kerjaya yang mampu menjamin masa depan.

"Masyarakat kini semakin sedar bahawa TVET bukan lagi pilihan kelas kedua, sebaliknya laluan pembelajaran dan kerjaya yang berupaya mengubah masa depan pelajar serta keluarga mereka," katanya selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai ke-24.

Menurutnya, atas permintaan semasa, jumlah permohonan pelajar untuk mengikuti kursus TVET di politeknik dan kolej komuniti semakin meningkat kerana ia merupakan satu keperluan yang semakin disedari.

Justeru, politeknik dan kolej komuniti kini sedang merangka perubahan bagi menerima lebih ramai pelajar berteraskan kemahiran semasa selain kelayakan akademik.

SITI AISHAH BINTI MD ISA