(Datuk Seri Aminuddin Harun turun padang menyantuni pengunjung Pasar Tani Paoi Jaya)
SEREMBAN, 30 Julai- Calon bertanding Piilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN ke-15) terus menggerakkan jentera kempen bagi memenangi hati pengundi.
Pagi tadi di kawasan N25 Paroi, calon Pakatan Harapan (PH) N13 Sikamat Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan menyantuni penduduk dan peniaga yang mengunjungi Pasar Tani Paroi Jaya.
"Kita dengar apa keluhan-keluhan yang akan dibaiki, ditambah baik. Tidak semua yang kita buat itu kita rasa dah mencukupi yang penting untuk kita mendengar permasalahan rakyat.
"Mungkin ada infra lama yang perlu dibaiki, itu anatara yang harus kita lakukan,"kata Datuk Seri Aminuddin.
Turut serta, calon PH N25 Paroi, Norwani Ahmat dan calon PH N14 Ampangan, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.
"Saya melihat Alhamdulillah, kita dapat sokongan penuh daripada jentera PH dan juga BN dan saya rasa sangat bersyukur,"kata Norwani Ahmat.
(Calon PH N25 Paroi, Norwani Ahmat bersama pengunjung pasar tani)