fb fb fb fb fb

Turkiye tawar kepakaran sektor tenaga hijau dan teknologi tinggi kepada Sarawak

Tan Sri Abang Johari menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Tukiye Ke Malaysia, Emir Salim Yuksel

KUCHING, 26 Julai- Turkiye berminat untuk tawar kepakaran dan kerjasama dalam sektor tenaga hijau dan teknologi tinggi kepada Sarawak.

Menurut Duta Besar Republik Tukiye Ke Malaysia, Emir Salim Yuksel, kedua-dua syarikat tersebut mempunyai pejabat di Malaysia dan sedia memberi perkhidmatan yang mungkin diperlukan untuk Sarawak.

"Premier Sarawak mempunyai visi yang jelas dalam bidang tenaga hijau, memajukan produksi berteknologi tinggi sangat menarik dan ini adalah beberapa perkara yang menjadi kepakaran Turkiye.

"Kami mempunyai berberapa syarikat yang bekerja dalam bidang tersebut dan itulah yang saya ingin bawa sendiri kepada Premier Sarawak mengenai syarikat kami dan berbincang keupayaan serta bagaimana kami boleh mencapai sinergi antara syarikat kami dan Sarawak,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di Kuching.

Ini merupakan lawatan ketiga beliau ke Kuching untuk bertemu dengan Premier Sarawak.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE