fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Turkiye bagi lampu hijau kepada MAHB terus kendali Lapangan Terbang Sabiha

NEW YORK, 21 September- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan terus mengendalikan Lapangan Terbang Sabiha Gokcen di Istanbul.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberitahu kerajaannya berpuas hati terhadap keupayaan MAHB.

Perkara itu dimaklumkannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kerana di peringkat pertama, dia puas hati dengan kejayaan di Sabiha. Dia puas hati dengan landasan yang lebih panjang.

"Beliau juga merasakan, ada keupayaan untuk diteruskan oleh syarikat yang sama walaupun proses biasa dikendalikan kementerian berkenaan,"kata Perdana Menteri.

Pandangan dan penerimaan positif Turkiye terhadap syarikat Malaysia itu memberi keyakinan untuk ia terus membangun dan mengurus lapangan terbang antarabangsa berkenaan.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Recep Tayyip Erdogan)