KUALA LUMPUIR, 22 Mac - Surat bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas kepada wakil waris Kesultanan Sulu, ternyata memberi implikasi buruk kepada negara.
Senator Datuk Seri Vell Paari A/L Samy Vellu turut mempersoalkan tindakan waris Kesultanan Sulu yang mengemukakan saman pada tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, dan ia menimbulkan kesangsian.
Akibat surat berkenaan, waris kesultanan sulu itu bertindak menyaman negara dan negara diarah membayar lebih RM62 bilion.
"Adakah surat yang ditulis oleh Tan Sri Tommy Thomas, telah mendapat kelulusan kabinet kerajaan Pakatan Harapan pada ketika itu atau adakah surat itu ditulis oleh Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara tanpa merujuk kepada YAB PM ketika itu atau juga barisan kabinet.
"Mengapa keturunan Sultan Sulu tunggu dari 2013 hingga kerajaan bertukar tangan pada 2018 sebelum memulakan saman terhadap negara kita ini amat pelik sekali dan seperti terdapat rancangan rahsia.," katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Negara.