fb fb fb fb fb

Tuntutan kumpulan Sulu tidak berasas

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague hari ini sepatutnya menjadi penutup kepada sebarang tuntutan kumpulan Sulu terhadap aset Malaysia.

Geostrategis, Prof. Madya Dr. Azmi Hassan berpandangan sebarang tuntutan pada masa hadapan adalah tidak berasas.

Ini berikutan perjanjian asal antara British dengan pihak Sulu tidak menyatakan bahawa sebarang percanggahan perlu melalui proses timbang tara.

"Keputusan The Hague itu saya lihat sebagai menutup segala lubang yang ada digunakan waris Sulu dan peguamnya untuk menuntut apa yang dikatakan hak.

"Bagi saya seharusnya waris Sulu berhentilah kerana tidak memberi manfaat kepada mereka dan kita kalau mereka teruskan juga," kata Azmi kepada RTM di sini.

Mahkamah Rayuan Paris pada Jun turut mengetepikan rayuan kumpulan Sulu berkenaan penguatkuasaan 'partial award' berjumlah US$15 bilion diputuskan penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa pada 2020.

(Prof. Madya Dr. Azmi berkata tuntutan kumpulan Sulu tidak berasas)

Media Baharu