fb fb fb fb fb

Tuntutan CUEPACS, dipertimbang berdasarkan kewangan negara

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali

KUALA TERENGGANU, 9 Mac- Kerajaan akan mempertimbangkan sebaik mungkin cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengenai bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sempena sambutan Aidilfitri, April ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan tuntutan itu akan dipertimbang berdasarkan kedudukan terkini kewangan negara.

"Kerajaan sentiasa menjaga kebajikan penjawat awam. Kita lihat setiap tahun peruntukan daripada kerajaan adalah untuk memastikan kebajikan dijaga, pemberian bonus, insya-Allah kajian sistem saraan dan sebagainya.

"Mengenai tuntutan itu, saya fikir kerajaan tengok pada kedudukan kewangan bergantung kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan untuk memutuskannya", katanya.

Beliau ditemui pmberita selepas melancarkan Tagline Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu. 

ROSLINA BINTI DIN