Tun Wan Junaidi, Isteri adakan Rumah Terbuka Aidilfitri di Astana Negeri

KUCHING, 8 April – Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri pada 1 Syawal ini.

Astana Negeri Sarawak berkata, Rumah Terbuka akan diadakan di Dewan Besar Astana Negeri dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang.

“Wan Junaidi akan menerima kunjungan menteri kabinet, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri serta orang kenamaan, ketua-ketua jabatan kerajaan, sektor swasta dan orang ramai.

“Orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka di Astana Negeri diingatkan supaya berpakaian kemas dan sopan,” menurut kenyataan itu hari ini.