fb fb fb fb fb

Tun Wan Junaidi banyak pengalaman, layak dilantik - Fadillah

Datuk Seri Fadillah Yusof

KUCHING, 27 Januari- Yang Di Pertua Negeri Sarawak yang baharu, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar merupakan aset berharga kepada Sarawak serta layak dilantik dalam jawatan itu kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Wan Junaidi juga banyak menyumbang kepada Sarawak dan negara secara keseluruhan selain menjelajah ke seluruh Sarawak, sekali gus memahami latar belakang negeri dan keperluan di Sarawak.

"Pengalaman beliaulah, satu latar belakangnya sebagai anggota polis, kemudian beliau menjadi peguam, diikuti Ahli Parlimen dan Menteri.

"Beliau (Wan Junaidi) juga banyak menulis buku dan terakhir sekali beliau sudah berpengalaman sebagai Timbalan Speaker dan Speaker Dewan Negara, jadi pengalaman beliau luas dan turut terlibat dalam pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)," katanya selepas merasmikan Gelanggang Silat Al-Qamar Marapati dan Pengisytiharan Pemakaian Tanjak Serinding Awan oleh Pertubuhan Seni Silat Sendeng Sarawak di Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, di sini.

Wan Junaidi selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuching pagi tadi.

Pesawat khas yang membawa beliau dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi mendarat di Kuala Lumpur KLIA pada pukul 11.00 pagi.

Ketibaannya disambut oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata dan menteri-menteri kabinet negeri.

Sejurus ketibaannya, beliau turut meluangkan masa menziarahi pusara isterinya, Datin Fiona Wan Junaidi di perkuburan islam Samariang sebelum bergerak Masjid Jamek bagi menunaikan solat fardhu Zohor.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI