SERIAN, 13 September- Tujuh unit lot kedai dua tingkat terjejas dalam kebakaran di Jalan Chung Hua di Bandar Serian petang tadi.
Laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan lot kedai terbabit terbakar antara 30 hingga 80 peratus.
PGO menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pukul 1.24 petang.
Seramai 32 anggota dengan tiga buah jentera dan sebuah lori tangki dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian telah diaktifkan. Pasukan tersebut turut dibantu BBP Siburan, Batu Lintang dan Tabuan Jaya.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 3.00 petang. Setakat pukul 4.37 petang, operasi pemadaman masih dijalankan.