fb fb fb fb fb

Tujuh sungai melebihi paras bahaya pagi ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 11 Januari- Sejumlah tujuh stesen sungai yang dikendalikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan bacaan melebihi paras bahaya, setakat pukul 9.00 pagi tadi.

Menurut laman sesawang InfoBanjir JPS, empat daripadanya dicatatkan di negeri Pahang membabitkan daerah Pekan, Rompin dan Maran.

Ia melibatkan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan dengan bacaan 17.11 meter (m), Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin (15.37m), Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran (19.1m) dan Sungai Pahang Tua di Rumah Pam Pahang Tua, Pekan (9.6m).

Empat lagi sungai di negeri itu melebihi paras amaran dan 10 yang lain melebihi paras waspada.

Sementara Johor membabitkan tiga sungai melebihi paras bahaya iaitu Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang (14.96m), Sungai Kepala Orang di Kampung Sri Jaya, Kota Tinggi (8.76m) dan Sungai Linggiu di Linggiu, Kota Tinggi (30.4m).

Sejumlah tujuh sungai pula menunjukkan bacaan melebihi paras amaran manakala sembilan lagi melebihi paras waspada.

SITI AISHAH BINTI MD ISA