fb fb fb fb fb

Tujuh negeri dijangka menerima hujan lebat berterusan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini.

MET Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu akan mengalami hujan berterusan bermula 8 Disember.

Manakala Pahang dan Johor pula akan mengalami hujan berterusan kategori berwaspada turut membabitkan negeri Pahang dan Johor bermula dari 9 Disember.

Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman web rasmi dan aplikasi myCuaca MET Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI