
KUALA PILAH, 21 Mac – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat ke Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri, pagi tadi.
Turut menunaikan solat sunat Aidilfitri anakanda baginda Tunku Besar Seri Menanti,Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al’Abidin Tuanku Muhriz.
Kira-kira 1,000 umat Islam turut bersama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti.
Sementara itu, Tuanku Muhriz serta Tuanku Aishah Rohani turut berkenan berangkat ke majlis Istana Terbuka yang diadakan di Istana Besar, Seri Menanti.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran beberapa kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri( ADUN) dan EXCO Kerajaan Negeri serta orang ramai yang turut hadir ke majlis Istana Terbuka tersebut yang bermula pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.
Dalam pada itu, Tunku Zain Al’Abidin Tuanku Muhriz turut berkenan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak dan pengunjung yang hadir.
- Kira-kira 1,000 umat Islam turut bersama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti.
- Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani berkenan menghadiri Majlis Istana Terbuka di Istana Besar, Seri Menanti.
- Tunku Zain Al'Abidin menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak dan pengunjung yang hadir.