fb fb fb fb fb

Treler rempuh lapan kenderaan, jalan sesak sehingga 40 kilometer


BENTONG, 29 Januari
- Pemandu dan penumpang lapan kenderaan di Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak berdepan detik mencemaskan apabila dirempuh sebuah treler.

Aliran trafik sejauh 40 kilometer sesak akibat insiden yang turut disumbangkan pertambahan kenderaan sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Kejadian berlaku pada pukul 9.30 pagi tadi di Kilometer 40 arah Kuantan.

Siasatan awal mendapati insiden berlaku selepas pemandu treler hilang kawalan.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar, pemandu berkenaan cedera ringan.

Manakala pemandu dan penumpang kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden diminta tampil membantu siasatan.

Media Baharu