fb fb fb fb fb

TRAXX FM rai pendengar sempena Hari Krismas

Penolong Pengurus TRAXX FM, Niswani Ahwang

KUALA LUMPUR, 9 Disember- Sempena sambutan Krismas hujung bulan ini, penyiar radio nasional TRAXX FM, mengambil inisiatif menyantuni pendengar stesen berkenaan dengan mengadakan Program Radio di Lokasi (RDL) bertemakan lolipop bagi meraikan pendengar setianya.

Penolong Pengurus TRAXX FM, Niswani Ahwang berkata, program sebegini pastinya akan menambahkan lagi keceriaan suasana perayaan.

Program berkenaan turut diselitkan dengan persembahan artis tempatan seperti Poovaa, Ushera dan Jeremy D'Costa.

Orang ramai juga berpeluang bertemu dengan Juruhebah TRAXX FM dan Santa Claus selain berpeluang membawa pulang hadiah istimewa daripada TRAXX FM.

"Chistmas Joy Lolipop merupakan Program Radio di Lokasi berskala sederhana yang diadakan setiap tahun dan pada tahun ini kia menyantuni pelbagai kaum khususnya yang meraikan Hari Krismas.

"Kita berharap TRAXX FM terus menjadi pilihan para pendengar juga menonton rancangan di RTM,"katanya.

Tambahnya, sebagai stesen penyiar kerajaan, TRAXX FM sentiasa komited memupuk hubungan dengan orang ramai di samping menyediakan maklumat yang sahih serta hiburan berkualiti.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE