fb fb fb fb fb

Transformasi perbankan digital, perlu dipercepat - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecemerlangan Perkhidmatan Perkongsian Serantau di Petaling Jaya

PETALING JAYA, 2 Ogos- Transformasi perbankan digital perlu dipercepat agar Malaysia tidak ketinggalan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus memberi kerjasama agar institusi perbankan tidak terhalang dengan peraturan dan proses yang lama. 

"Banyak juga yang ditekankan Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo iaitu memberikan apa sahaja kerjasama yang mungkin boleh kerajaan dan jentera."

"Ia termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Kewangan, MITI dan Kementerian Digital supaya tidak lagi terhambat dan terhalang dengan peraturan-peraturan dan proses-proses lama untuk menghadapi cabaran lama."

Sebab itu, arahan kita (kerajaan)," kata Anwar dalam ucapannya semasa Majlis Perasmian Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecemerlangan Perkhidmatan Perkongsian Serantau. 

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo. 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM