fb fb fb fb fb

Transformasi digital perlukan proses lengkap

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Transformasi digital yang inklusif memerlukan proses yang lengkap untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Menurut Felo Kehormat, Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr. Madeline Berma, proses yang dimaksudkan termasuk peranti digital yang baik, akses internet dan kemudahan infrastruktur di kawasan bandar dan pedalaman.

"Jurangnya sekarang bukan lagi antara kelas ekonomi. Sekarang ini orang kata 'the have and have not' bukan dari segi pendapatan lagi. Jurangnya ialah sama ada anda mempunyai akses kepada gajet, maklumat, pengetahuan dan sebagainya," kata Madeline dalam program Pascabajet di TV 1.

Katanya pendigitalan yang baik dapat membantu Keluarga Malaysia mendapat maklumat lengkap termasuk dari segi pendidikan, ekonomi dan sosial.

(Datuk Dr. Madeline berkata demikian dalam program Pascabajet di TV 1)

Media Baharu