fb fb fb fb fb

Tragedi MH17: Malaysia terus cari keadilan buat mangsa

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 17 Julai- Malaysia komited untuk terus mencari keadilan buat mangsa tragedi pesawat MH17.

Biarpun mahkamah telah membuat keputusan namun, usaha tetap diteruskan bagi memastikan nasib mangsa dan waris terbela.

Kementerian Pengangkutan menerusi kenyataan berkata, "sempena ulang tahun tragedi MH17 keadilan untuk semua pihak terlibat kekal jadi keutamaan."

Keputusan Mahkamah Belanda November tahun lalu yang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas tiga warga Rusia dan Ukraine dianggap sebagai perkembangan besar.

Bagaimanapun usaha mencari keadilan buat semua tidak terhenti di situ.

Malaysia berharap, "lebih banyak perkara dapat dibuktikan menerusi sesi pendengaran berkaitan penyelesaian pertikaian pihak terlibat yang akan diteruskan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa."

MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 ketika melewati kawasan dilanda konflik di timur Ukraine dan mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal terkorban.


(FOTO RTM)

Media Baharu