fb fb fb fb fb

Tragedi kepala air Bidor: Wanita maut, tiga lagi kanak-kanak dikhuatiri hilang

FOTO JBPM PERAK

BIDOR, 7 Februari- Seorang wanita maut selepas dihanyutkan kepala air dalam kejadian di Sungai Kampung Poh, Bidor, petang tadi.

Kejadian turut mengakibatkan tiga kanak-kanak hilang.

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 4.03 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor, BBP Tapah dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Teluk Intan digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi mendapati tujuh mangsa dipercayai sedang berkelah terlibat dalam kejadian tersebut.

“Mayat mangsa yang lemas dijumpai pada jarak 1 kilometer dari lokasi kejadian oleh orang awam,” katanya menerusi satu kenyataan.

Selain mangsa yang maut dan hilang, tiga lagi mangsa terdiri daripada dua wanita dewasa dan kanak-kanak berusia 12 tahun berjaya diselamatkan.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan pihak Bomba menggunakan teknik ‘surface searching’ selain menggerakkan Unit Anjing Pengesan K9.

0702 BOMBA BIDOR 2FOTO BOMBA PERAK

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE