fb fb fb fb fb

Tragedi helikopter TLDM: Kerajaan salur bantuan awal RM10,000 setiap keluarga

Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua buah helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 24 April - Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua buah helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin memaklumkan selain itu segala kos perjalanan terakhir, meliputi penerbangan ihsan dan pengurusan jenazah ditanggung sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata, keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bertujuan meringankan beban keluarga terlibat.

"Tabung Khas juga ditubuhkan bagi memudahkan orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa," katanya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini turut merakamkan ucapan takziah kepada waris-waris pegawai dan anggota Tentera TLDM atas tragedi berkenaan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN