fb fb fb fb fb

Tragedi gempa: PM cadang beri elaun khas kepada pasukan penyelamat

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 16 Februari - Elaun khas akan diberikan kepada pasukan penyelamat Malaysia yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) di Turkiye dan Syira.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan akan dibuat dengan Kementerian Kewangan bagi menentukan jumlah elaun berkenaan.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Saya mencadangkan kita mengatur elaun khas kepada setiap yang berkenaan...elaun khas itu berdasarkan hari-hari mereka bertugas ada yang mencecah dua minggu...itu saya akan bincang dengan perbendaharaan tentang jumlah yang bersesuaian," katanya pada sesi Penerangan Menteri-Menteri di bawah Peraturan 14 (1)(i) berhubung lawatan ke Turkiye pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Hasil pertemuan dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan semalam, negara berkenaan masih memerlukan kepakaran pasukan penyelamat Malaysia untuk misi di sana.

Ini dengan mengambil kira jangkaan peningkatan jumlah korban susulan kejadian gempa bumi pada 6 Februari lalu.

Perdana Menteri turut mencadangkan pemberian pingat dan sijil penghargaan kepada petugas terlibat.

Media Baharu