fb fb fb fb fb

Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Raja Permaisuri Agong lawat anggota polis cedera

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 18 Mei- Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan melawat Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda melawat Mohd Hasif yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Keberangkatan Raja Zarith Sofiah di HSI disambut oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Raja Zarith Sofiah turut mengurniakan sumbangan peribadi daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Seri Paduka Baginda kepada Mohd Hasif, selain meluangkan masa menyantuni isteri anggota polis berkenaan.

Sekitar jam 2.45 pagi semalam, Mohd Hasif cedera terkena tembakan yang dilepaskan seorang lelaki bertopeng ketika menyerang balai polis terbabit.

Beliau kemudian dikejarkan ke wad kecemasan HSI untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian itu, tiga maut iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, serta suspek yang berumur 21 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN
Motif serangan suspek di Balai Polis Ulu Tiram bersifat persendirian
Dua anggota polis maut, seorang cedera insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Insiden Balai Polis U.Tiram: 7 individu direman esok
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu dibawa ke mahkamah untuk reman
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota polis dibawa keluar dari HSI
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi

SITI AISHAH MD ISA