fb fb fb fb fb

Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 16.1 peratus pada suku pertama 2024

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 2 Mei- Trafik penumpang udara pada suku pertama 2024 menyaksikan peningkatan yang ketara berbanding suku pertama 2023.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, MAVCOM menerusi satu kenyataan memaklumkan, pendorong utama lonjakan tersebut adalah berikutan peningkatan trafik udara antarabangsa sebanyak 39.9 peratus tahun ke tahun yang mencecah 11.9 juta penumpang.

Trafik suku tahunan telah meningkat sebanyak 16.1 peratus tahun ke tahun kepada 22.6 juta penumpang.

Trafik penumpang udara domestik suku tahunan pula menurun sedikit, iaitu sebanyak 2.3 peratus, berjumlah 10.7 juta penumpang.

Menjelang suku kedua tahun 2024, MAVCOM optimis terhadap pemulihan dan pertumbuhan berterusan industri penerbangan, walaupun terdapat pembatalan dan perubahan laluan penerbangan baru-baru ini ekoran konflik berterusan di Asia Barat.

"Walaupun masih terlalu awal untuk menentukan kesan konflik, suruhanjaya menjangkakan jumlah trafik penumpang pada tahun 2024 masih akan berada dalam julat ramalannya,"menurut MAVCOM.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE