KUALA LUMPUR, 30 November- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Puteri Sajidah dan Fatimah Azman yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Bukit Apit, Ajil, Terengganu, semalam.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut mendoakan agar keluarga dua beradik itu diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan yang sangat berat ini
"Di saat negara kita sedang menghadapi ujian bencana banjir, kita dikejutkan dengan satu lagi berita duka mengenai kejadian tanah runtuh yang telah meragut nyawa dua beradik, allahyarhamah Puteri Sajidah binti Azman, 16 tahun dan adindanya, allahyarhamah Fatimah binti Azman, 13 tahun di Kampung Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu.
"Saya mendoakan agar roh kedua-dua allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Al-Fatihah", katanya menerusi hantaran di Facebook.