fb fb fb fb fb

TPM Fadillah ucap terima kasih kepada ATM, ABDB yang terlibat dalam penemuan Prebet Syafiq

Datuk Seri Fadillah ditemui media selepas Majlis Penutupan Program Bantuan My Lesen kelas (B2) bagi Peringkat Parlimen P.194 Petra Jaya di Kuching

KUCHING 6 Julai- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam penemuan Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua anggota yang terlibat terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang tidak berptus asa dalam operasi mencari dan menyelamat, SAR sehingga hari ke-19 hari ini.

Beliau memberitahu demikian selepas Majlis Penutupan Program Bantuan My Lesen kelas (B2) bagi Peringkat Parlimen P.194 Petra Jaya di Kuching, hari ini.

Prebet Syafiq dilaporkan hilang ketika menyertai Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di sempadan Malaysia-Brunei di Limbang pada 18 Jun lalu.

Beliau ditemui selamat oleh pasukan SAR pada pukul 11.29 pagi tadi dan dikatakan berjaya menjejaki tanda panduan laluan rintis pencarian yang dibuat di sekitar lokasi pencarian sehingga beliau berjaya menemui lokasi Forward Operating Base.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE