fb fb fb fb fb

Tourism Malaysia sasar 45 juta pelawat sempena TMM2026

Foto fail

KUALA LUMPUR, 21 April - Tourism Malaysia menyasarkan seramai 45 juta pelawat ke negara bagi merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Manoharan Periasamy berkata, sasaran itu diyakini mampu dicapai susulan ketibaan lebih 38 juta pelawat ke Malaysia tahun lalu.

"Setakat Februari tahun ini, jumlah pelancong yang masuk meningkat lebih 31 peratus, mencecah 6.7 juta orang berbanding 5.1 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

"Antara penyumbang utama pelancong ke negara ini termasuk Sinagpura, China dan India," kata Manoharan pada Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan Kelantan 2025, semalam.

Mengulas lanjut, Tourism Malaysia menggalakkan penggiat industri pelancongan memanfaatkan pelbagai bantuan dan insentif yang ditawarkan kerajaan.

Antaranya termasuk Geran Sektor Penerbangan dan Charter, Geran Sokongan Sektor Pelancongan serta Galakan Melancong (GAMELAN).

Tourism Malaysia turut bersedia menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri, agensi pelancongan dan syarikat penerbangan bagi mempromosikan produk pelancongan tempatan.

TETITIA YUSOFF