SEGAMAT, 13 Jun- Tourism Malaysia komited memastikan lokasi yang dikategorikan sebagai permata tersembunyi, atau 'hidden gems' di Johor, diketengahkan kepada orang ramai.
Pelbagai kawasan didapati mampu menarik pengunjung dalam dan luar negara, namun sambutannya, belum cukup meriah.
Pengarah Tourism Wilayah Selatan, Muhamad Nasir Pahmi berkata, penganjuran program dalam segmen eko-pelancongan, akan dipergiat.
"Mungkin akses peminat produk eko-pelancongan untuk ke sini agak mencabar, kerana kaedah kita lalui adalah dengan menggunakan kenderaan 4x4. Jadi ini usaha awal dilaksanakan supaya menggalakkan lagi pihak luar untuk cuba kaedah yang boleh kita lakukan, untuk mengenali dan menerokai produk pelancongan unik di selatan tanah air,"katanya.
Usaha melibatkan kerjasama rentas agensi, antara Jabatan Perhutanan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan pemain-pemain industri yang lain.
Ia juga diharap, dapat merancakkan lagi sambutan menjelang Tahun Melawat Johor 2026.