fb fb fb fb fb

Tol percuma dua hari di semua lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina

Foto Hiasan / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 7 Februari - Pengguna lebuh raya membabitkan Kenderaan Kelas 1 (Kenderaan Persendirian) akan menikmati pengecualian bayaran tol selama dua hari pada esok, 8 Februari dan Jumaat, 9 Februari, bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, pengumuman dibuat selaras aspirasi Kerajaan Madani yang menitikberatkan soal kebajikan serta membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Ia akan dilaksana di semua plaza tol kecuali Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Dalam pada itu,  kira-kira 2.1 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya PLUS sepanjang musim perayaan ini.

Kenyataan Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi menyebut; pihaknya menempatkan 450 anggota PLUSRonda di lebuh raya bagi membuat rondaan dan memberi bantuan kepada pengguna.

Selain itu,1,500 kakitangan ditempatkan di 1,075 lorong serta kira-kira 2,000 kakitangan penyelenggaraan ditugaskan untuk memastikan kebersihan di semua Hentian Rehat & Rawat (R& R).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD