fb fb fb fb fb

Tokoh Wartawan, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia

Allahyarham Ahmad Rejal Arbee

KUALA LUMPUR, 29 Mac- Tokoh Wartawan Negara 2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee dilapor meninggal dunia awal pagi hari ini.

Perkara itu disahkan oleh isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

“Innalilahi wainna ilaihi rojiun. Suami saya Ahmad Rejal Arbee telah kembali ke rahmatullah sekejap tadi pada pukul 2.00 pagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sementara anaknya, Radhiq Arbee memaklumkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam.

"Jenazah akan dibawa dan diuruskan di Masjid Seksyen 7, Shah Alam pada pukul lebih kurang 8.30 pagi," katanya menerusi Facebook sebentar tadi.

Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.

Allahyarham mula berkhidmat dengan Bernama sejak 1969 sebagai pemberita kanan sebelum ke Jakarta, Indonesia, sekali gus menjadi pewarta luar negeri pertama agensi berita itu pada 1973.

SITI AISHAH MD ISA